Ketika gelincir matahari berkirim salam
aku hilang wajah kamu dalam siang juga malam
masih mencari kamu, jauh kamu, bayang suram
mahu memengang tanganmu sambil mohon aku kau maafkan
pada hayat lalu, benar amat kamu ini aku tertawan
Ketika aku bertasbih kerana susah hati teramat
mahu aku lukiskan padamu suatu lukisan yang hilang keramat
wajah jauh kamu, mohon kamu hadir akan abadi
pada suatu kalimah yang tulus dan suci
sukarnya untuk membuang kamu terus dari hati
aku simpan mentari mu, dalam kocek penuh misteri
Ketika ini, bulan memancar mencari mentari
mahu terangkan wajah awan buang gelap bawa seri
aku sudah punya hati baru mahu jadi pengganti
tapi kelibat jauhmu aku mohon akan simpati
buang jauh aku tapi simpan kasih dulu yang abadi
tiada suara lagi, tiada lagi buai mimpi
aku rindu kamu, aku pernah rindu mencari
suara tenang kamu....aku buang di sudut hati
siapa pun kamu cinta jauh, kamu kini hanya lambaian sepi...








