Saturday, August 28, 2010

RASULULLAH DALAM SIRAH

Ahli politik mahupun diplomatik,
negarawan mahupun sasterawan
cendekiawan mahupun sukarelawan,
mustahil ada lagi pesuruh Allah
selepas Muhammad ibnu Aminah
rasul penyudah pembersih aqidah.

Quran dan Muhammad bagai sinonim
rangkai kalamul-Lah teras nubuwwah
mempiawai hamba pilihan al-Amin.

Nadwahnya menjangkau dunia akhirat
Kunfayakun-Mu demi terakhirumat.

Kau wahyukan baginda fadhilat Quran,
Kau mukjizatkan baginda tertinggi darjat,
Kau nobatkan baginda teratas martabat.

Kau utuskan baginda penyelamat umat,
Kau muliakan baginda israk mikraj,
Kau sahsiahkan baginda terbaik sifat,
-mulia berakhlak bijaksana beradab
siddiq amanah tabliqh fatonah.

Sebarang manusiawi dan insaninya
perkataan perbuatan juga ceritera,
adalah hadis penyuluh syariat
selepas Quran terbesar mukjizat.

Pembina lakaran madaniyyah
penyubur kesejahteraan sejagat.
Suatu kerangka hadhariyyah
pengukuh pembagunan hayat.

Tiada selain ini Muhammad
kecuali seorang rasul-Mu Tuhan.

Kau anugerahkan Quran mukjizat
hatta ke sidrah al-muntaha
Kau bawanya untuk mengembara.

Tiada Muslim walaupun di mana
kecuali tepu yakin akan benarnya:
"Kuakui tiada tuhan melainkan Allah
dan Muhammad itu pesuruh Allah"

Demikian hamba kekasih-Mu Tuhanku...  

No comments:

Post a Comment