Tanah pusaka ini
kita warisi dari jerih moyang kita
darah satria membanjiri lorong keikhlasan
korban jiwa
benteng pusaka bangsa.
Gelora perkauman bukan menjadi resam
tubuh mereka terbalut jalur gemilang
menutupi warna kulit mereka.
Biarpun
bahasa mereka berbeza
erti yang satu
Daulat Tuanku.
Memekar
seindah laman Putrajaya
meninggi
menggapai puncak KLCC
jangan biarkan angin lalu
memusnahkan
keindahan itu
api yang membara 13 Mei
bukan lagi
api dalam sekam.
Suburkan
pusaka moyang ini
dalam luhur perlembagaan
bulat air kerana pembetung
kita manusia kerana muafakat.
Merdekakan diri kita
bebaskan jiwa dari hasad
dengki
khianat
manusia ibarat air
dibawa hujan
ke perigi
ke laut
ke tasik
ke sungai
hanya air
tapi dunia berbeza
gelas Malaysia menemukan kita
**Urea**

No comments:
Post a Comment