Diturunkan bapa manusia ke bumi
kerana bisikan durjana
perantaraannya ialah cinta Adam dan Hawa
cinta yang membuat Adam lupa
lupa pada amaran Allah.
Ditolak Allah korban Qabil juga kerana cinta
cinta dunia dan segala isi yang melalaikan
cinta harta dan kesenangan yang melenakan.
Terjadinya pembunuhan pertama juga kerana cinta
tewasnya Habil di tangan Qabil
penentangan yang nyata terhadap firman Allah
perebutan cinta yang akhirnya ditakluki syaitan.
Hanyut dalam arus cinta lemas dalam gelora nafsu
terbuka segala keaiban
terkulai dalam limbah dosa.
Terlalai jangan terus terleka
jangan jadikan kita boneka sang durjana
bangkit kita pada yang Esa
pulanglah kita ke jalannya.
**UREA**
No comments:
Post a Comment